Wednesday, 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul =D

    Assalamualakum.. Hai!! hari nie cuti bersempena Maulidur Rasul.. Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.. kalau nak diikutkan masa Nabi SAW lahir dulu 20 April pada hari Isnin.. Aku pulak lahir pada 24 April pada hari Jumaat .. That's means sama la kan.. faham tak? cuma tahun je yang berbeza.. cuma kira perbezaan tarikh dan hari.. Tu lah cara aku ingat.. hahah 

   Imbas kembali, dulu masa aku sekola agama (SRA Al Watan) ada belajar Sirah... tak ingat darjah berapa, kitaorg orang ada belajar bila, mengapa, bagaimana, kenapa Rasullah SAW wafat.. Bila aku baca dengan keadaan sunyi kat dalam bilik, aku menangis teresak esak.. tak sangka, Nabi Muhammad SAW juga merasakan kesakitan yang amat apabila Malaikat Izrail mencabut nyawanya..

      Ketika itu, Nabi Muhammad berkata kepada Malaikat Izrail "Wahai Izrail, mengapakah engkau memalingkan wajahmu, adakah engkau sudah tidak mahu menatap wajah ku lagi? " 
kemudian Malaikat Izrail berkata " Wahai pesuruh Allah SWT, bukan aku tidak mahu menatap wajahmu lagi. Tetapi aku sudah tidak sanggup lagi melihat wajahmu yang sakit menahan kesakitan."
   
  Whoa~ aku tulis nie pun rasa nak nangis.. Kemudia apabila ajal nya sudah sampai baginda berkata "Umatku, umatku , umatku.. Subhanallah, betapa sayang baginda kepada umatnya.. Walaupun baginda tidak tahu siapa kita, dia tetap ingat siapa kita.. Begitu hebatnya Rasullah SAW.. Aku berasa sungguh bertuah kerana aku adalah umat Nabi Muhammad SAW..

    Baginda telah banyak berkorban demi menegakkan agama Islam.. Apabila Islam sudah sempurna, disitu la sahabat- sahabat Rasullah SAW dapat tahu bahawa ajal baginda sudah hampir kerana tugas baginda sudah selesai.. Fuhh.. tak sanggup nak teruskan lagi.. menitis nitis air mata aku nie mengalir lagi kang.. tu je lah buat masa nie.. bye.. Assalamualaikum.. kalau ada fakta yang salah, harap dibetulkan.. kalau ada yang terkasar bahasa, harap diampunkan.. 

No comments:

Post a Comment